aku merenung jauh pada hakikat kidup yang penuh mehnah dan tribulasi, yang pastinya mungkin menggugat iman dan pendirianku... hakikatnya, bila kaki menjejak IPT/IPG, kaki perluku gerakkan sendiri. mental perluku manfaatkan sebaiknya, takut-takut akal kurniaan Ilahi ini tidak kugunakan sebaiknya untuk membentengi diri dari perkara-perkara yang tidak baik. Aku mengenali pelbagai kerenah manusia ciptaan Ilahi. Ada yang terus taat, patuh pada ajaran-Nya. Ada yang meninggalkan amal baiknya di sekolah dulu dan turn off about 360 degree, berubah terus. Ada yang kejap ok,kejap ko..itulah manusia..tahap keimanannya berbeza Iman manusia itu bertambah dan berkurang. tetapi, sebagai hamba Allah ('abdullah), kita perlu sentiasa "check iman". Tak kisahlah walau di mana jua kita berada. Iman tu bukan sekadar di sekolah agama dahulu atau di masjid je, tetapi di mana-mana.
KENAPA IMAN TU PENTING???
Kerana melalui imanlah seseorang itu dapat menggambarkan ketaatannya pada Ilahi. Kesetiaanya pada Pemilik Cinta Sejati. Yang penting imanlah yang menjadi lambang kegemilangan Islam dalam abad ini.
Cuba kita renungkan, dunia sekarang sangat terdedah dengan dakyah orientalist. Kita boleh lihat sendiri bagaimana budaya barat menular dalam kalangan masyarakat islam kita. dari selemah-lemah hinggalah sehebat-hebat manusia. Contoh yang paling mudah ialah penutupan aurat. Sudah banyak pakaian yang diperkenalkan dalam pasaran yang kononnya menutupi aurat dari segi labuhnya dan panjang lengannya tetapi, JARANG hingga menampakkan susuk tubuh si wanita yang tak tahulah jahil agama atau lupa agama..na'udzubillah..
JADI, di sinilah pentingnya iman. Iman sebagai perisai diri. Imanlah yang akan menjadi benteng buat diri agar terus berada di atas landasan yang benar. Tanpa iman, manusia akan kembali seperti zaman jahiliyah dahulu di mana mereka seolah-olah tidak kenal Tuhan dan apatah lagi untuk takut pada Tuhan. Moga kita sentiasa diredhai dan dilindungi oleh-Nya.
ADAKAH IMAN PERLU DI'UPGRADE???
jawapan saya: PERLU...
kerana untuk beriman, kita perlu ada ilmu yang jelas. bila ada ilmu, kita lebih faham mengapa kita perlu beriman kepada ALlah. Dan pada masa itulah cinta kita pada Ilahi berada pada tahap yang paling tinggi, CINTA yang mengatasi segalanya. oleh itu, Ilmu makrifatullah, makrifaturrasul, makrifatul Islam perlu didalami, supaya kita lebih mengenali Allah, Rasul dan agama kita sendiri. Bila imu tinggi dalam dada, tiada apa yang dapat mengatasi keimanan dan kecintaan kita pada-Nya. Tiada apa yang dapat mengajak kita pada maksiat dan dosa, kerana hati ini telah bertaut utuh pada Pemilik Cintanya, ALLAH. Pada masa itu hati telah takut dan malu pada Allah untuk berbuat dosa. Dengan itulah kita bakal menjadi "favourite hamba", "special person" kepada Allah. Mudah-mudahan segala amalan kita diterimanya.
SESUNGGUHNYA..Allah memandang pada usaha hambanya yang sentiasa berusaha bagi mendapatkan redha dam kasih sayang-NYA..
AYUHLAH, kita rebut CINTA ILAHI,cinta sejati, cinta hakiki....
0 comments:
Post a Comment