BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 26, 2009

IMAN: aku cari cinta, bisa membawaku ke syurga

salamun 'alaikum...


aku merenung jauh pada hakikat kidup yang penuh mehnah dan tribulasi, yang pastinya mungkin menggugat iman dan pendirianku...
hakikatnya, bila kaki menjejak IPT/IPG, kaki perluku gerakkan sendiri. mental perluku manfaatkan sebaiknya, takut-takut akal kurniaan Ilahi ini tidak kugunakan sebaiknya untuk membentengi diri dari perkara-perkara yang tidak baik. Aku mengenali pelbagai kerenah manusia ciptaan Ilahi. Ada yang terus taat, patuh pada ajaran-Nya. Ada yang meninggalkan amal baiknya di sekolah dulu dan turn off about 360 degree, berubah terus. Ada yang kejap ok,kejap ko..itulah manusia..tahap keimanannya berbeza Iman manusia itu bertambah dan berkurang. tetapi, sebagai hamba Allah ('abdullah), kita perlu sentiasa "check iman". Tak kisahlah walau di mana jua kita berada. Iman tu bukan sekadar di sekolah agama dahulu atau di masjid je, tetapi di mana-mana.

KENAPA IMAN TU PENTING???

Kerana melalui imanlah seseorang itu dapat menggambarkan ketaatannya pada Ilahi. Kesetiaanya pada Pemilik Cinta Sejati. Yang penting imanlah yang menjadi lambang kegemilangan Islam dalam abad ini.

Cuba kita renungkan, dunia sekarang sangat terdedah dengan dakyah orientalist. Kita boleh lihat sendiri bagaimana budaya barat menular dalam kalangan masyarakat islam kita. dari selemah-lemah hinggalah sehebat-hebat manusia. Contoh yang paling mudah ialah penutupan aurat. Sudah banyak pakaian yang diperkenalkan dala
m pasaran yang kononnya menutupi aurat dari segi labuhnya dan panjang lengannya tetapi, JARANG hingga menampakkan susuk tubuh si wanita yang tak tahulah jahil agama atau lupa agama..na'udzubillah..

JADI, di sinilah pentingnya iman. Iman sebagai perisai diri. Imanlah yang akan menjadi benteng buat diri
agar terus berada di atas landasan yang benar. Tanpa iman, manusia akan kembali seperti zaman jahiliyah dahulu di mana mereka seolah-olah tidak kenal Tuhan dan apatah lagi untuk takut pada Tuhan. Moga kita sentiasa diredhai dan dilindungi oleh-Nya.

ADAKAH IMAN PERLU DI'UPGRADE???

jawapan saya: PERLU...


kerana untuk beriman, kita perlu ada ilmu yang jelas. bila ada ilmu, kita lebih faham mengapa kita perlu beriman kepada ALlah. Dan pada masa itulah cinta kita pada Ilahi berada pada tahap yang paling tinggi, CINTA yang mengatasi segalanya. oleh itu, Ilmu makrifatullah, makrifaturrasul, makrifatul Islam perlu didalami, supaya kita lebih mengenali Allah, Rasul dan agama kita sendiri. Bila imu tinggi dalam dada, tiada apa yang dapat mengatasi keimanan dan kecintaan kita pada-Nya. Tiada apa yang dapat mengajak kita pada maksiat dan dosa, kerana hati ini telah bertaut utuh pada Pemilik Cintanya, ALLAH. Pada masa itu hati telah takut dan malu pada Allah untuk berbuat dosa. Dengan itulah kita bakal menjadi "favourite hamba", "special person" kepada Allah. Mudah-mudahan segala amalan kita diterimanya.

SESUNGGUHNYA..Allah memandang pada usaha hambanya yang sentiasa berusaha bagi mendapatkan redha dam kasih sayang-NYA..


AYUHLAH, kita rebut CINTA ILAHI,cinta sejati, cinta hakiki....



Friday, September 25, 2009




CINTA...
Yang kekal hanyalah pada Allah
Maka, abdikanlah diri kita padaNya
Moga dengan cintaNya
kita beroleh cinta mereka yang melabuhkan cinta padaNya
hidup ini pasti lebih terpandu
pada halatuju yang satu
menuju mardhatillah
inspirasi mujahideen sejati..

~Ayuh sama-sama kita kecapi MARDHATILLAH~


Monday, September 21, 2009

rindu La

assalamualaikum semua...
SELAMAT HARI RAYA diucapkan kepada semua sahabat2ku yang berada di rumah msing2...harap2 gembira selalu lah ye....

ana nie dah rindu sesangat la kat sahabat2 ana nie...heheheh....almaklumlah ukhwah kami nie kuat....insyaAllah...

nie the latest pitcure kami sebelum kami pakat2 balik beraya keesokan harinya...gambar2 nie time kami brbuka posa kat restoran...En.Yef belanja kami mkan...THANKS en.yef...








Thursday, September 17, 2009

UKHUWWAH TUNJANG KEKUATAN




hari-hari yang berlalu tidak mungkin bermakna tanpa teman di sisi. setiap langkah terasa lemah. setiap pekerjaan terasa banyak kekurangannya. MasyaAllah, beharganya kehadiran seorang sahabat dalam diri seorang insan bergelar manusia.

ana perlukan sahabat sebagai penasihat..
ana perlukan sahabat sebagai pengurus..
ana perlukan sahabat sebagai pushing factors..

Tiada perkara yang dapat dilakukan tanpa sokongan sahabat di sisi. Maka benarlah sahabat itu penting dalam diari hidup seorang insan. Cuba kita bayangkan hidup di satu tempat tanpa sahabat. Pastinya hidup terasa sunyi, huru-hara dan kosong.

Apa erti hidup tanpa memberi. Tanpa sahabat di sisi, pada siapa kasih sayang kita harus disalurkan. Pada siapa pengalaman diri boleh dikongsi. Pada siapa kesulitan diri dapat diluahkan.



Dalam hidup ini memang sudah menjadi fitrah keinsanan untuk berteman. Sesungguhnya persahabatan itu akan menjadi lebih indah dengan adanya 'ithar' (keutamaan kepada sahabat melebihi keutamaan terhadap diri sendiri).

Sesungguhnya terdapat ganjaran yang hebat dalam persahabatan yang tulus dan sejati. Apabila seorang insan itu mengasihi sahabatnya melebihi dirinya, Allah menjanjikan kemanisan iman yang menjadi dambaan orang yang menagih cinta-Nya. Semoga ukhuwah yang dibina antara kami (PIAan) mendapat redha Ilahi.."sayang sahabat!"

assalamualaikum...sihat ke semua?maafla lama update...hari tue kita ada cite kan pasal bebudak klas pia kan....sekrang mestila nak kenal sorang2 plak siapa la bakal2 ustaz ustazah nie ye...nak mulakan dengan siapa ek..kit mulakan dengan budakn 2cd intake la...kita xtunjuk pun lagi muka diorang kat text sebelum nie kan....
adilah kamal azizi dan maimunah...(kedah)
safiah (kak sa) dan yati......(terengganu/melaka)

Thursday, September 10, 2009


assalamualaikum..

ha!nie dia blog bebudak pia/bi/ba kat IPG kampus raja melewar..


kami semua ada 16 ustazah n 2 je ustaz...alahai mana lagi la kaum adam nie?...heheheh


mesti korang pelik kan tgk gambar kat atas nie...almaklumah ada 16org je..


ni nak bgtau nie...2org ustazah tue diorang nie 2nd intake..sebulan lewat je tp kami nie akrab ngan diorang macam dah lama sgt...almaklumlah ukhwah kami kuat...subhanallah