BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 23, 2009

Langkkah Seterusnya....



Alhamdulillah, langkah pertama kami berhasil apabila kami berjaya mengendalikan sebuah tayangan bertajuk "Alam Barzakh" di Balai Islam tercinta. Motif kami untuk meramaikan orang ke musalla agak berhasil pada hari tersebut. Syukur pada-Nya. Mudah-mudahan kami terus diberi kekuatan untuk melaksanakan program sebegitu lagi selepas ini.

Sekarang ini kami sedang mengorak ke stepo yang kedua...MENUBUHKAN USRAH SMART TEACHER...untuk bakal-bakal ustazah, setakat ini kami telah pun membentuk 4 kumpulan dengan keahlian 4 orang bagi setiap kumpulan.

Objektif usrah Smart Teacher:
  • meningkatkan kefahaman terhadap Islam dalam kehidupan sebagai pendidik
  • mengeratkan ukhuwah islamiyah
  • membentuk rasa tanggungjawab terhadap agama Islam dalam kalangan bakal pendidik
  • melaksanakan kewajipan amar makruf dan nahi mungkar
Semoga usrah smart teacher ini menjadi titik tolak bagi kita untuk melaksanakan lebih banyak amal islami dan amal ijtimaie.

Hal ini diiklankan bukanlah sebagai satu kebanggaan tetapi sekadar diari buat peringatan kami future ustaz ustazah. Moga kita terus diberi kekuatan untuk istiqamah pada kebaikan...

~fastabiqul khairat~

0 comments: